GURU PEMBINA NEGARA BANGSA Bersedia melangkah megah Walaupun sukar bakti kucurah Demimu ibu pertiwi Sumpah kulafaz janji kukota Berikrar eratkan bangsa Kukuhkan cinta kepada negara Berjasa terus berjasa Menyebarkan ilmu tiada batasnya Guru pembina negara bangsa Gagah perjuangkan visi negara Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa Demi agama dan nusa tercinta Guru pembina negara bangsa Tetap unggul senadakan suara Sehaluan menggapai matlamatnya Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
No comments:
Post a Comment