Pages

SELAMAT DATANG

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Assalamualaikum pembuka bicara.







Wednesday, July 28, 2010

Rungutan lazim oleh pengguna bahasa Melayu adalah kurangnya istilah atau perkataan yang boleh mendukung maksud tertentu, khususnya bagi istilah bahasa Inggeris yang biasa digunakan. Rungutan ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya pengguna bahasa peka dengan perkembangan istilah dalam Bahasa Melayu. Di bawah ini diperturunkan beberapa istilah umum yang sering digunakan dalam bahasa Inggeris, tetapi memang ada padananannya dalam Bahasa Kebangsaan.


ROADSHOW
JERAYAWARA

TALKSHOW
BICARAWARA

GAMESHOW
CANDAWARA

POST-MORTEM (bagi peperiksaan dll)
PASCANILAI
MEGAMALL

MEGAPURA

JADI, BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA!

No comments:

Post a Comment